Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menolak permohonan Menteri Besar Johor yang memohon sebanyak 1000 keping tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 di antara JDT menentang Kedah di Stadium Shah Alam Sabtu ini.
Jelas Tunku Ismail, baginda hanya memberikan 600 tiket sahaja untuk para jemputan khas.
Tunku Ismail mendakwa terdapat individu-individu dalam parti politik yang bergaduh dan mensabotaj antara satu sama lain berhubung penjualan tiket perlawanan akhir itu.
Sumber : Malaysia Kini